PRODUK BARU!!!

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

Saturday, December 5, 2009

Yahoo? FACEBOOK?

Yahoo dan Facebook akan berkongsi bermula tahun depan, jadi facebook tetap akan mengungguli ranking no.1 dunia.

Mari kita baca beritanya..

Ni beritanya dari sinar harian..


Fungsi Yahoo dalam Facebook tahun depan

SAN FRANCISCO - Yahoo kelmarin menjalinkan perkongsian dengan Facebook dalam usaha mengekalkan populariti laman web itu dalam kalangan pengguna internet seluruh dunia.

Perkongsian tersebut akan membenarkan pengguna Yahoo dengan akaun Facebook menggabungkan material daripada kedua-dua laman web berkenaan.

Contohnya, pengguna Yahoo boleh membaca kemas kini terbaru menerusi rakan dalam Facebook ketika mereka sedang melayari laman web itu.

Bagi pengguna Facebook pula, material peribadi dari laman Yahoo, seperti e-mel, ulasan filem dan foto dapat dikongsi bersama di laman web jaringan sosial itu.

Fungsi gabungan kedua-dua laman web itu dijangka diaktifkan pada awal tahun depan.

Laman web Yahoo ketika ini sudah memuatkan aplikasi yang menyediakan imbasan kemas kini Facebook.






Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

Post a Comment

KOMEN!!!