PRODUK BARU!!!

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

Wednesday, December 9, 2009

Upin & Ipin Menerjah Pasaran Antarabangsa

Sebelum ia muncul dan menjadi sebutan, kanak-kanak Malaysia lebih dulu mengenali animasi Spiderman, Superman, Batman dan pelbagai superhero lain yang datangnya dari barat, Disney khususnya. Selepas itu, muncul pula animasi 2D dari malaysia yang boleh dikatakan top jugalah seperti keluangman, Usop Sontorian dan yang lain lagi.

Kebelakangan ini sahaja, tumpuan peminat siri kartun mula teralih apabila Upin & Ipin yang mula disiarkan. Kemunculan filem Geng: Pengembaraan Bermula mencetuskan fenomena bahawa Upin & Ipin bukan sekadar kartun berskala biasa. Ia boleh diperhebat menjadi besar dan misi itu sudahpun berjaya dilaksanakan.

Pada tahun hadapan, Upin & Ipin bakal mengembara di pasaran antarabangsa yang lebih besar lagi. Buktinya di Festival Televisyen ASEAN di Singapura baru-baru ini, sebuah stesen TV dari Turki berminat untuk membeli hak siaran Upin & Ipin musim terbaru untuk tayangan di sana.

"Sebelum ini, Upin & Ipin musim pertama dan kedua telah disiarkan di Turki tetapi bukan di saluran komersial. Tawaran yang kami baru terima itu adalah dari stesen TV komersial. Itu petanda yang sangat baik," ujar Pengarah Urusan Le's Copaque, Burhanuddin Md Radzi.

Katanya juga, sebuah stesen TV dari Afghanistan juga membuat tawaran untuk membeli siri Upin & Ipin tetapi perkara itu belum berada di peringkat akhir.

Selain itu, siri Upin & Ipin musim pertama dan kedua juga telah ditayangkan di saluran TPI, Indonesia. Untuk tahun depan juga, saluran TPI telah menandatangani perjanjian untuk tayangan 42 episod musim terbaru siri Upin & Ipin.


sumber : kosmo 09/12/09

No comments:

Post a Comment

KOMEN!!!