PRODUK BARU!!!

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

Tuesday, December 8, 2009

Cinta Semasa Sekolah berkekalan?

Setiap orang mengenali cinta semasa dibangku sekolah lagi. Hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti sahabat, remaja dan cinta, Dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi. Mase ini juga kita membawa haluanmasing-masing. Mungkin sukar untuk kita bersatu kembali dalam satu tempat yang sekecil bilik darjah, belajar, kenakan guru, kekantin, kepadang bersama.. Terbukti zaman pelajar adalah zaman remaja yang sukar dilupakan. Mungkin 1 hari nanti kita akan menangis kerana rindukan zaman pelajar yang sangat indah..

Mungkin begitulah perasaan seorang artis ini yang siapa sangka cinta monyet pada zaman persekolahan akan berakhir di jenjang pelamin. Bukan semua orang bertuah untuk menemui pasangan hidup di sekolah dan mengenali hati budi masing-masing selama sedekad sebelum berkahwin.

kita ikuti cerita dari kosmo yang bertajuk : Potong rambut bayar nazar kahwin


Potong rambut bayar nazar kahwin


SIAPA sangka cinta monyet pada zaman persekolahan akan berakhir di jenjang pelamin. Bukan semua orang bertuah untuk menemui pasangan hidup di sekolah dan mengenali hati budi masing-masing selama sedekad sebelum berkahwin.
Pasangan Mohd. Razlan Mohamed Yusof atau lebih dikenali sebagai Lan Kristal dan Nur Sheila Hassim (Ain) bertemu ketika mereka berdua berada di tingkatan dua, Sekolah Menengah Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada tahun 1999.
Merupakan pengawas sekolah, Lan menggunakan 'kuasa' itu untuk mengacau Ain. Sering menunggu Ain tidak kira di tangga atau jejantas serta perhentian bas, hubungan Lan dan Ain sebenarnya tidak begitu serius ketika itu.
Tidak pasti bila mereka mula mempunyai perasaan serius, pasangan itu mengikat pertunangan dua tahun lalu pada 25 Disember 2007. "Sebenarnya semasa di sekolah, saya mencintai dia dalam diam. Orang semua cakap itu cinta monyet tetapi saya telah membuktikan bahawa kami bukan main-main.
"Kami sendiri juga tidak sangka hubungan kami akan berkekalan sehingga menjadi suami isteri," kata Lan ketika ditemui selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan yang terletak di Kampung Seri Aman, Puchong, Selangor.
Dengan hanya sekali lafaz, majlis yang dihadiri keluarga kedua-dua pihak itu disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Batu 14, Puchong, Idris Ahmad kira-kira pukul 10.15 pagi Sabtu lalu. Mengenakan pakaian sedondon berwarna putih, Ain menerima wang hantaran bernilai RM22,222.22 dengan mas kahwin RM222.22.



Ada sebabnya mengapa nombor dua dipilih untuk hari bersejarah itu. Bagi pasangan yang masing-masing berusia 24 tahun itu, nombor dua signifikan kerana mereka berkenalan semasa berada di tingkatan dua. "Selain berkenalan di tingkatan dua, kami juga sudah bertunang selama dua tahun. Kami juga membuka syarikat berdua, Razeila Entertainment sejak dua tahun lalu," jelas Ain.
Berkonsepkan Arab Gipsi pada majlis pernikahan, sebanyak 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala 11 dulang pula dibalas oleh pihak perempuan antaranya sirih junjung, al-Quran, sejadah, kasut, persalinan, kasut, minyak wangi dan beg.


Selain hantaran, Lan turut menghadiahkan satu kejutan kepada Ain. Lan yang menyayangi rambut panjangnya telah menggunting pendek rambut itu sehingga paras bahu sebagai tanda membayar nazar.
"Baru semalam saya menggunting rambut saya. Tiada siapa yang tahu kerana saya mahu memberikan kejutan kepada mereka. Saya pernah bercakap, jika impian saya untuk berkahwin dengan Ain tercapai, saya akan menggunting rambut saya.
"Namun, buat masa ini saya tidak pasti sama akan kekal dengan rambut sebegini atau akan membelanya. Semuanya bergantung kepada perjalanan karier saya."


Ain yang merupakan pembantu pakar bius sebelum bekerja di syarikat Razeila Entertainment telah melepaskan kariernya untuk membantu Lan.
"Dia sangat memahami saya dan akan berada di sisi saya tidak kira semasa susah atau senang. Paling terharu, dia berhenti kerja dan memulakan karier dalam bidang sama sekali berlainan untuk membantu saya," kata Lan.


Bagi Ain, dia pula mengagumi sifat Lan yang jujur dan suka berterus-terang. Malah ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya Lan seorang yang tidak mudah mesra. "Ramai orang mesti ingat Lan merupakan penyanyi rock yang berpenampilan 'gagah'. Tapi sebenarnya suara dia lagi lembut daripada suara saya.
"Sepanjang berkenalan, dia juga tidak menggunakan istilah 'gua' atau 'lu'. Semua orang yang kenal kami tahu saya lebih banyak bercakap berbanding Lan."
Ditanya sama ada mereka sudah mempunyai lokasi dan tarikh berbulan madu, Lan yang sedang sibuk dengan kumpulan Kristal memberitahu, mereka mungkin hanya akan bercuti pada tahun depan.

Bulan madu di luar negara
"Kami mahu berbulan madu di luar negara kerana inginkan masa peribadi. Tapi kami tidak tahu mana lagi kerana ramai orang yang ingin menaja. Mak cik saya ingin menaja kami ke Perancis. Pak cik saya pula mahu menaja kami ke Koh Samui, Thailand. Jadi kami belum memilih," kata Ain.
Bergurau dengan menyatakan ingin melahirkan 10 orang anak, Lan pula memberitahu dia mahukan sekurang-kurangnya tiga hingga lima orang anak. Tapi, itu semua ketentuan Tuhan dan mereka akan menerima apa yang ditentukan oleh-Nya.



Tidak merasakan statusnya sebagai suami akan memudaratkan kariernya, Lan memberitahu peminatnya sudah mengetahui dia akan mendirikan rumah tangga.
"Saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Jadi saya sudah mendedahkan Ain kepada peminat saya sejak kebelakangan ini. Ain juga sudah membiasakan diri dengan dunia hiburan."
Majlis persandingan di pihak lelaki akan diadakan pada 20 Disember nanti di kediaman Lan yang terletak di Taman Permata, Kuala Lumpur.
"Tidak banyak persediaan yang kami perlu buat. Keluarga kami banyak membantu termasuk pihak penaja. Lagipun selepas bertunang, kami sudah mula membeli barang. Jadi persediaannya tidak susah," tambah Ain.

sumber : kosmo 8/12/09







3 comments:

  1. cinta zmn sklh??
    hm..
    jrg yg kekal hingga kawin.
    2 dlm 10 kot..
    lgpon cinta zmn sklh x menjanjikan nikmat cinta slps kahwin..

    -solehah..

    ReplyDelete
  2. cinta selepas kawin is better...

    ReplyDelete
  3. http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/1.gif

    ReplyDelete

KOMEN!!!