PRODUK BARU!!!

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

Sunday, December 6, 2009


PATTAYA - Seorang hos televisyen di Jepun, Haruna Ai menitiskan air mata apabila dimahkotakan sebagai pondan tercantik dunia di sini sekali gus menewaskan pondan tuan rumah yang sebelum ini terkenal dengan kejelitaan mereka.

Ai, 37, mengetepikan cabaran sengit 20 peserta lain termasuk dari Brazil, China, Singapura dan Amerika Syarikat (AS) dalam pertandingan Miss International Queen 2009 yang berlangsung di Pattaya iaitu pulau peranginan popular di Thailand.

"Saya amat, amat, amat gembira. Pondan di Thailand lebih bernasib baik kerana diterima masyarakat tidak seperti di negara kami (Jepun)," kata Ai yang tidak dapat menahan air mata selepas tiara pertandingan itu dipakaikan ke kepalanya.

Menurutnya, dia berharap agar orang ramai saling sayang menyayangi dan dapat menerima golongan itu tanpa sebarang prejudis.

Ai memenangi wang tunai AS$10,000 (RM34,125), penginapan selama setahun di sebuah hotel Pattaya dan baucar pembedahan kosmetik berharga AS$500 (RM1,700) selepas menewaskan dua naib johan iaitu peserta tuan rumah Karngsadal Wongdusadeekul, dan wakil Brazil, Daniela Marques.

Di Thailand, pertandingan ratu cantik melibatkan pondan dianggap serius seperti acara-acara tradisi lain.

Pertandingan yang berlangsung kelmarin itu disiarkan menerusi televisyen dan ditonton oleh berjuta-juta rakyat negara itu. - AFP

sumber : kosmo


sama juga dengan kisah pondan Melayu Mohammed Fadzil Min Bahari atau nama glamournya Fatine yang ‘bernikah’ dengan pasangan jantannya di London.


 

Dah ‘kahwin’ tu senyap-senyap jer la tapi diberi liputan meluas pula di media antarabangsa. Kerana ketaksuban kepada nafsunya Fatine sanggup memalukan keluarga,bangsa, negara dan agama membuat benda yang memang dilarang.
Semoga Mohammed Fadzil di beri hidayah dan bertaubat. Bukan untuk memalukan dia tapi semoga memberi sempadan kepada lelaki Melayu Islam yang berjiwa lembut supaya bertaubat dan janganlah mengikut nafsu songsang Kaum Lut dan terpedaya dengan hasutan Syaitan.
Jika kita lihat disekeliling, kaum gay dan lesbian semakin berani menonjol dan bangga pula di Malaysia . Lihatlah operasi di kelab gay beberapa bulan yang lalu, berapa ramai Melayu Islam yang terlibat. Manakala perempuan lesbian pula semakin ramai yang menunjukkan ‘hero’ nya di khalayak ramai.
Jika tidak disekat ditakuti perkara songsang ini menjadi budaya yang diterima pula di Malaysia  masa akan datang. Astaghfirullah… minta dijauhkan.

sumber : Isuhangat.net

Image Hosted by ImageShack.us

No comments:

Post a Comment

KOMEN!!!