PRODUK BARU!!!

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

Thursday, August 5, 2010

Bersyukur Apabila Sambut Ramadhan

Assalamualaikum. Bulan Ramadhan dah tak sampai seminggu lagi adakah kita rasa bersyukur diatas kehadiran Ramadhan?

Kita sebagai umat islam wajib untuk kita bersyukur diatas kehadiran bulan yang penuh berkat ini dalam hadis RASULULLAH SAW yang telah menegaskan yang bermaksud:  “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan.  Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.” 


Dalam hadis ini telah memberitahu kepada kita tentang bulan yang penuh keberkatan dan terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan. Dalam satu tahun hanya ada satu bulan sahaja yang penuh dengan keberkatan ini.

Allah telah mewajibkan umat islam berpuasa kerana di bulan Ramadhan ini dibukakan semua pintu syurga dan dikunci pintu-pintu neraka dan syaitan juga diikat. Tetapi, masih lagi berlaku perkara-perkara maksiat pada bulan Ramadhan.

Berpuasa juga dapat menyihatkan badan. Selain itu, kita juga dapat merasakan apa yang dirasakan oleh saudara kita yang hanya kais pagi makan, kais petang makan petang ata yang tidak mempunyai makanan langsung seperti saudara kita yang dalam kesusahan yang berada di negara yang sedang dijajah oleh zionis.

Pada bulan Ramadhan juga, kita digalakkan supaya membanyakkan bersedekah kerana pahala dibulan itu berkali-kali ganda berbanding dengan bulan lain dan Ia juga penuh dengan keberkatan.

Bagi sesiapa yang dapat membuat umrah pada bulan Ramadhan tahun ini dia adalah orang yang dipilih oleh Allah untuk mengerjakan ibadah di tempat yang semua umat islam inginkan.

Kepada pembaca yang baca semua ini, ana yang baru menjadi blogger yang sedang belajar cara-cara menulis blog ini ingin Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh berkat ini dan Mengajak anda semua supaya tingkatkan amalan kita semua pada bulan Ramadhan. Mungkin tahun depan kita tidak sempat untuk menyambutnya lagi.


Assslamualaikum.

1 comment:

  1. asalamualaikumwrt.sye bersyukur padamu ya allah karena enkau sampaikan umor ke ari nie dan x lame agi sye nk menyabut bulan yg penuh rahmatmu..sye rndukam dtgnya bulan ramadhan aal-mubarak..

    ReplyDelete

KOMEN!!!