PRODUK BARU!!!

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

Thursday, March 11, 2010

Tantawi meninggal dunia di Arab Saudi



KAHERAH - Sheikh Al-Azhar, Muhammad Sayed Tantawi, 81, meninggal dunia akibat sakit jantung ketika melawat Arab Saudi, semalam.

Jenazah beliau disemadikan dekat Makam Nabi di Madinah.

Penasihat Tantawi, Abdullah el-Naggar memberitahu stesen Nile News bahawa kematian Allahyarham adalah mengejutkan kerana beliau berada dalam keadaan sihat sebelum berlepas ke Arab Saudi.

Muhammad Wasel yang pada masa ini menjadi timbalan Tantawi dijangka mengetuai Al-Azhar buat sementara waktu sehingga Presiden Mesir melantik ketua baru institusi itu.

Ketika dilantik mengetuai Al-Azhar pada 1996, Tantawi dilihat sebagai mempunyai pandangan agak liberal mengenai isu-isu seperti hak-hak wanita.

Pada tahun lalu, Tantawi melarang pelajar wanita di Al-Azhar daripada memakai niqab yang menutup keseluruhan muka.

Beliau juga mengutuk serangan berani mati dengan menyatakan puak pelampau mengorbankan prinsip-prinsip Islam untuk kepentingan sendiri.

Ulama terkenal itu juga menolak idea pertembungan antara tamadun dengan alasan masyarakat berlainan fahaman perlu bekerjasama dan tidak terlibat dengan konflik dan permusuhan.

Beliau menyifatkan perbezaan antara jihad dalam Islam dengan keganasan seperti langit dan bumi.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6918342.asp

No comments:

Post a Comment

KOMEN!!!