PRODUK BARU!!!

NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!

Friday, July 30, 2010

Imam Muda 2010

Assalamualaikum. Baru sahaja tamat program yang Memecahkan tradisi dengan Satu penemuan dalam Sebuah perjalanan kehidupan iaitu Program IMAM MUDA.




Pada 30/07/2010 tercatat satu sejarah yang memecah tradisi saluran TV di Malaysia. Kira-kira jam 10.25 telah diumumkan pemenang Imam Muda pada 2010. Iaitu Imam Muda Asyraf dan Naib Juara ialah Imam Muda Hizbur.


Imam Muda Asyraf
(Pemenang)

Imam Muda Hizbur
(Naib Juara)

Juara Imam Muda akan mendapat penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Sadi dan tawaran jawatan sebagai Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persektuan beserta kereta Exora. Dan Juara Imam Muda juga membawa plang RM20,000, sebuah kompter riba Apple Macpro, Iphone dan pakej menunaikan haji.

Tahniah kepada Imam Muda Asyraf

Sunday, July 18, 2010

Tutup Aurat Wajib!!!

Salam. Setiap kali orang cakap tentang aurat mesti kita terlintas dalam kepala kita tentang bahagian2 yang wajib ditutup dan haram dibuka. Disini Ana sertakan salah satu dalil beserta dengan maksud yang menjelaskan Aurat itu wajib ditutup. Mana2 yang tidak menutupnya, boleh dikatakan ia telah melanggar perintah Allah.


 “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang ‘aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

(Surah an-Nur: ayat 31)